satu malam kami ke Putrajaya, lepak-lepak di sana, embun awal pagi menjemput kami ke Port Dickson, mendengar ombak di gigi pantai seawal pukul tiga pagi amat mendamaikan, membawa semua masalah kami ke tengah lautan.
Kala sarwajagat masih terang-terang tanah kami di pesisir pantai bermain pasir dan air, selepas kokokan pagi ayam, kami ke Melaka meninjau-ninjau Taman Buaya, cadang kami mahu ke Johor, namun tidak berdaya terus pulang ke Kota Raya!